|| Bismillahirrahmanirrahim ||
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalankan segala ibadat dan urusan di muka bumi-Mu ini...
Hari ini genap usiaku 2 DAN 6 = 26 (canggih betul kalkulator nie..hehehe...)
Tak sangka hari lahirku jatuh hari Jumaat...hari yang mulia dan banyak hikmatnya...Dan salah satunya doa kita akan diperkenankan..(Moga-moga doaku diperkenankan..Insya-Allah...)
Ya Allah Ya Tuhanku...
Sempena hari lahirku hari ini...
Aku mohon kepada-Mu...
Kau panjangkan umur ibu dan ayahku...
Kerana mereka berdualah yang mendidikku, mengajarku
dan mengenalkan aku siapa Pencipta sebenarnya...
Kerana mereka berdualah aku berjaya sampai ke tahap ini...
Kau panjangkan juga umur kakakku...
Kerana dialah satu-satunya kakak dunia akhiratku...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Sekiranya aku ini hamba yang lalai,
Kau dekatkan diriku kepada-Mu...
Agar aku menjadi hamba yang patuh terhadap-Mu...
Sekiranya aku ini anak yang derhaka kepada kedua ibu bapaku,
Kau ampunkanlah segala dosaku...
Jadikan aku ini anak yang solehah kepada kedua ibu bapaku...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Sekiranya aku ini anak yang membuat ibu bapaku kecewa,
Kau ampunilah dosaku...
Sesungguhnya aku tak tergamak lukakan hati mereka...
Sekiranya aku pernah sombong dan angkuh di muka bumi-Mu ini,
Kau sedarkanlah diriku...
Agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan-Mu...
Sekiranya aku pernah berasa marah dan kecewa
di atas segala ujian dan dugaan yang Kau berikan kepadaku,
Kau kuatkanlah semangatku ini...
Kau tetapkan imanku ini...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya setiap apa yang terjadi kepadaku
Sebenarnya sudah tertulis sejak azali lagi...
Aku tahu, Aku yakin
dan Aku redha segalanya...
Mungkin ada hikmat di sebaliknya...
Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya...
dan
Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik buat diriku...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau perkenankanlah segala doa hamba-Mu ini...
Amin Ya Rabbal Alamin...
Bicara IMG:
Terima kasih buat 3 insan tercinta dalam hidupku ----> Ma, Abah dan Kakak
kerana sentiasa memberi semangat kepadaku di kala aku hampir berputus asa....
TERIMA KASIH...
AND I LOVEEEEEEEEEEEE U ALL...
Azamku:
Lepas ini taknak la sedih-sedih....(nak buang sedih2 jauh-jauh...)
Kena kuat semangat dan usaha sehabis mungkin....
Bulan 3 ----> My Target.... (Insya-Allah)
Hijrah kepada yang lebih baik...Amin...
Hijrah kepada yang lebih baik...Amin...
--------> Sedapnya makan Prosperity Burger tadi...Nyum3... ^_^




No comments:
Post a Comment