|| Bismillahirrahmanirrahim ||
Walaupun dah lewat malam (orang pun tidor kan)...Rasa nak jenguk pulak resipi orang...Nak tengok macam mana mereka masak...means bahan apa yang sepatutnya diletak...ermmm...kali nie kita intai masakan MEE BANDUNG...
Sebenarnya, tahun lepas (fuhhh...bunyi macam la dah lama..hehehe..) aku dan ayah dah try masak mee bandung nie..cuma time tu kami "main campak" je bahan2 dalam periuk...Biasa la, time tu ayahku "bujang sekejap"..kuang3....Tup tup dah jadi mee bandung ciptaan sendiri...Oleh kerana ciptaan sendiri yang tiada cop "kesahan drpd chef", maka resipi tu tidak akan di pamerkan...tapi "rupa" mee bandung tu adalah...jeng3...
Ok..tak nak melalut..jom kita tengok resipi yang nie...yg nie memang sah la coz dah masuk kat Mesra.net Resipi...Lepas nie boleh la nak try...
Mee Bandung
Bahan-bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
Cara-caranya:
1- Panaskan minyak masak dalam periuk.
2- Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.
3- Masukkan stok ayam & biarkan mendidih.
4- Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
5- Biarkan merenih perlahan-lahan.
6- Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.
Jangan lupa sama kita amalkan Zikir Harian:
Bicara IMG:
Gembiranya hari nie Album UNIC Special Edition dah sampai...Memang express la UNIC...Thank you UNIC...Sekarang pun masih dengar lagu UNIC..BEST!!!!!!!!!!! Jangan lupa beli yer....Promosi tamat pada 31 JANUARI 2012 ini....
Doaku:
Semoga ayahku selamat dalam perjalanan...Amin....
No comments:
Post a Comment