29 January 2012

Teruskan Berusaha!!!

|| Bismillahirrahmanirrahim ||

Post kali nie awal dari post2 sebelum ini dan label pun berlainan sedikit berbanding setiap hari Ahad yang lepas yang mana asalnya adalah Pesanan Mereka...Tapi kali ini adalah Pesanan Buatku (tiba2 baru terfikir nie)...Sebenarnya  baru je habis tengok cerita Aku Mahu Terbang...Bagi saya, cerita ini bagus kerana banyak mesej yang ingin disampaikan kepada penonton...Congrates kepada penerbit cerita ini...

Ada 4 PERKARA yang benar-benar memberi impak terutama kepada saya...


:: PERTAMA ::

Jangan cepat putus asa.


:: KEDUA ::

Setiap ujian yang Allah uji kepada kita sebenarnya Dia tahu kita boleh hadapinya.


:: KETIGA ::

Setiap masalah yang Allah beri kepada kita sebenarnya Allah ada penyelesaiannya.


:: KEEMPAT ::

Jangan cepat kita berputus asa sebelum Allah mengabulkan doa kita.



Sebelum saya akhiri post pada pagi ini, ada 1 ayat yang saya nak kongsi dengan pengunjung...yang saya petik daripada blog salah seorang penulis buku terkenal iaitu Pahrol Mohamad Juoi...

"...seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku...namun apabila sedikit masa berlalu berulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan..."

(Petikan daripada Blog Genta Rasa)

Bicara IMG:
Saya tekad tidak akan berputus asa dan terus berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan jalan dalam menuntut ilmu...Amin....

Ya Allah...berikanlah kekuatan kepadaku...


Jangan lupa sama-sama kita amalkan Zikir Harian:



~continue my work...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita pada hari ini...Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...