|| Bismillahirrahmanirrahim ||
(walaupun Maulidur Rasul dah lepas...jangan pula kita lupa untuk mengingati
Kekasih Allah yang tercinta, Rasulullah SAW)
Cuba kita renung sejenak....
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya segera menunaikan solat di awal waktu
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya sentiasa membaca Al-Quran selepas solat
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya sentiasa bersyukur atas nikmat Allah S.W.T
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya sentiasa berzikir tika senang dan susah
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya menjauhkan perkara yang mungkar
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya terutama wanita sentiasa menutup aurat
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya sentiasa menjaga tuturkata ketika bercakap dengan orang tua
Kalaulah Nabi bersama kita hari ini,
Tentu Nabi gembira bila umatnya sentiasa bersangka baik dengan setiap ujian daripada Allah
Tapi...
Adakah kita sebegitu rupa???
Adakah kita segera menunaikan solat di awal waktu?
Adakah kita sentiasa membaca Al-Quran selepas solat?
Adakah kita sentiasa bersyukur atas nikmat Allah S.W.T?
Adakah kita sentiasa berzikir tika senang dan susah?
Adakah kita menjauhkan perkara yang mungkar?
Adakah kita sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah?
Adakah kita terutama wanita sentiasa menutup aurat?
Adakah kita sentiasa menjaga tuturkata ketika bercakap dengan orang tua?
Adakah kita sentiasa bersangka baik dengan setiap ujian daripada Allah?
Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...
Jangan lupa amalkan Zikir Harian...
Bicara IMG:
Alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami...Moga kami semua tidak akan lupa untuk bersyukur dengan setiap kurniaan yang Engkau berikan...
No comments:
Post a Comment