|| Bismillahirrahmanirrahim ||
Kelebihan Selawat
Menurut Dr. Zulkifli Al-Bakri, selawat kepada Nabi S.A.W. banyak kelebihan dan faedahnya seperti yang disebut oleh Syeikh Abd Al-Qadir Al-Jailani Al-Hasani Rahimahullah.
Di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah, beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun berkata, "Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. mempunyai empat puluh dua kelebihan." Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar:
1) Melaksanakan perintah Allah S.W.T.
2) Bersama dengan selawat Allah S.W.T kepada Rasulullah.
3) Bersama dengan selawat para malaikat.
4) Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5) Dikurniakan oleh Allah S.W.T sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6) Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7) Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8) Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9) Mendapat syafaat daripada Rasulullah S.A.W.
10) Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11) Allah akan menutupi segala dukacita.
12) Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah S.A.W.
13) Mendapat darjat al-Sidq.
14) Ditunaikan segala hajat.
15) Selamat sejahtera pada hari kiamat.
16) Allah S.W.T. dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang berselawat.
17) Mendapat khabar gembira daripada Allah S.W.T. dengan balasan syurga.
18) Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19) Rasulullah S.A.W. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20) Mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa.
21) Mendapatkan kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22) Tidak akan merasai fakir.
23) Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24) Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah S.A.W. kepada yang berselawat.
25) Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga.
26) Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha (melalaikan).
27) Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut Alhamdulillahi rabbil alamin (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
28) Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29) Terpelihara dari sifat kasar dan gelojoh.
30) Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31) Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
32) Mendapat keberkatan daripada Allah.
33) Mendapat kesempurnaan iman.
34) Kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W.
35) Mendapat hidayah daripada Allah.
36) Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah S.A.W. secara langsung.
37) Teguh pendirian dengan kebenaran.
38) Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah S.A.W. ke atas diri kita. Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutus Rasulullah kepada kita.
39) Berselawat juga bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah dan kepada diri sendiri.
40) Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah S.W.T.
41) Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah S.A.W. di dalam jiwanya.
42) Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan murabbi.
(Sumber: Majalah Al Islam - Februari 2012)
Sama-sama kita amalkan Zikir Harian:
Bicara IMG:
Moga perkongsian ini berguna buat semua dan juga diriku....Sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. di kala susah dan senang...
No comments:
Post a Comment