|| Bismillahirrahmanirrahim ||
- Pesanan mereka buat diriku -
"Bacalah Al-Quran selepas solat walaupun hanya 1 mukasurat..."
Hadis riwayat Aisyah r.a berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Orang yang pandai membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang mulia dan taat-taat.
Adapun orang yang membaca Al-Quran dengan tersendat-sendat kerana sulit baginya membaca
Al-Quran, maka ia mendapat dua pahala."
(Ya Allah...sungguh besar ganjaran yang diberikan.....)
Saya tertarik dengan 1 blog ini tentang Tips Khatam Al-Quran....Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua...Insya-Allah...
1 Al-Quran = 30 Juzu'
1 Juzu' = Lebih kurang 20 muka surat
20 muka surat = 10 helai
Oleh itu,
1 waktu solat = 2 helai
iaitu
Sebelum solat = 1 helai
Selepas solat = 1 helai
Cuba kita tengok perjalanan kita dalam 1 hari,
Subuh = baca 2 helai
Zohor = baca 2 helai
Asar = baca 2 helai
Maghrib = baca 2 helai
Isya' = baca 2 helai
kita dapat habiskan 10 helai (lebih kurang bersamaan 1 juzu')
Maka, dalam masa sebulan (iaitu 30 hari), kita dapat habiskan 30 juzu'...
Mudahkan???
Sama-sama kita amalkan, moga hajat kita untuk khatam Al-Quran tercapai...Amin...
Bicara IMG:
Ya Allah, Kau permudahkan perjalananku dalam menuntut ilmu...Jadikanku hamba-Mu yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan sunnah...Amin...
(Seringkali kita terlupa kepada-Nya apabila senang dan kaya....)
No comments:
Post a Comment