26 March 2012

Omega 3

|| Bismillahirrahmanirrahim ||


Omega 3 – Brain Booster dan untuk kesihatan jantung
Khasiat Omega-3 kepada Kesihatan
Pada tahun 1970an, para saintis mendapati orang Eskimo di Greenland adalah antara manusia yang paling sihat di dunia. Walaupun diet mereka mengandungi kandungan lemak yang tinggi yang diperolehi daripada ikan paus, salmon dan seal, tetapi mereka jarang mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, arthritis, kencing manis dan sebagainya. Para saintis membuat kesimpulan bahawa Omega-3 lah yang menjadi punca utama kepada kesihatan orang Eskimo ini.

Kajian membuktikan bahawa Omega-3 mempunya banyak khasiat kepada kesihatan, dari fungsi otak sehinggalah kesihatan jantung. 

FUNGI OTAK

Mengapa Omega-3 dikatakan 'Brain-booster'?

Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.


Bagaimana Omega-3 Membantu Fungsi Otak?
Di dalam otak kita terdapat banyak neuron (sel yang menghantar mesej dari otak ke bahagian tubuh lain). Dinding neuron inilah yang terdiri daripada lemak 'baik' ini. Bagi memastikan neuron-neuron ini dapat berkomunikasi dengan baik, dinding neuron mestilah cukup fleksibel untuk membenarkan molekul-molekul penting menembusinya. Faktor-faktor seperti penuaan, diet yang tinggi kolestrol dan lemak tepu akan menjadikan dinding neuron ini mengeras. Ini mengakibatkan molekul-molekul penting tidak dapat menembusi dinding neuron dengan baik dan akibatnya berlakulah ketidakseimbangan emosi, kesukaran untuk belajar, daya ingatan menjadi tumpul, dan pelbagai kemerunduman fungsi otak.

Dengan menambah Omega-3 dalam diet harian, kita dapat memulihkan sifat lentur dan fleksibel dinding neuron dalam otak, seterusnya meningkatkan komunikasi sel dan fungsi otak.

Selain itu, khasiat Omega-3 juga adalah mencairkan darah di mana lebih banyak oksigen dapat disalurkan kepada otak dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan fungsi otak itu sendiri.


KESIHATAN JANTUNG
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 mempunyai kesan positif 
terhadap kesihatan jantung. Pengambilan EPA dan DHA asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

Omega-3 menggalak sistem kardiovaskular yang sihat, termasuk arteri yang sihat. Ia juga membantu sel darah merah mengekalkan keanjalannya, seterusnya dapat mengalir dengan lebih lancar.

KEBAIKAN LAIN OMEGA-3

Omega-3 membantu memperbaiki:
  • Sendi dan pergerakan
  • Kesihatan kulit
  • Sistem imun
  • Penglihatan
  • Pernafasan
  • Tingkahlaku positif di kalangan kanak-kanak
  • Fungsi sistem saraf
  • Spatial function dan spatial memory
  • Komunikasi Selular
  • Pengurusan berat badan



Asid Lemak Omega 3 - Ibu Mengandung 

Apakah Omega 3?
Omega 3 adalah sejenis asid lemak tidak tepu. Ia terdapat dalam pelbagai makanan seperti ikan, bijiran dan tumbuh-tumbuhan. Omega 3 dipanggil 'asid lemak perlu' kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan 'perlu' diperolehi daripada makanan harian.

Jenis-jenis Omega 3
Terdapat 3 jenis asid lemak Omega 3:
·         Eicosapentaenoic acid (EPA): EPA is found primarily in fish and fish oil.
·         Docosahexanoic Acid (DHA): DHA is especially important to your body, and is also found primarily in fish.
·         Alpha-Linolenic Acid (ALA): ALA is found mostly in seeds, vegetable oils, and leafy green vegetables. It is converted into EPA and then into DHA in your body.

Omega 3 Sewaktu Mengandung
Seawal sedekad yang lalu, kepentingan Omega 3 sewaktu mengandung telah dikenalpasti. Omega 3 memainkan peranan yang besar dalam perkembangan dan pembesaran bayi dalam kandungan. Omega 3 membantu: 
  • membina sel otak
  • membentuk retina mata
  • membina sistem saraf

Omega 3 juga baik buat ibu mengandung di mana ia membantu:
o    mengurangkan kebarangkalian mendapat preeclampsia
o    mengurangkan risiko mendapat postpartum depression
o    mengurangkan peluang mendapat kelahiran pramatang

Kekurangan Omega 3 sewaktu mengandung mengundang beberapa risiko. Bayi dalam kandungan 'mengambil' Omega 3 daripada makanan yang si ibu makan, yang disalurkan terus melalui uri. Namun begitu, jika Omega 3 daripada pemakanan si ibu tadi tidak mencukupi, Omega 3 yang disimpan dalam badan si ibu akan mula 'ditarik' oleh bayi... Omega 3 si ibu ini disimpan di bahagian otak.. Akibatnya, si ibu boleh kehilangan sehingga 3% sel otak! 

"Taking Omega 3 during pregnancy has also been proven to help you and your baby out in the long run. Recent studies were performed on infants who were exposed to adequate levels of Omega 3 while in the womb. These babies showed advanced attention spans and greater visual acuity than non-exposed children. Their development was also two months ahead of non-exposed children."

Omega-3 supplements are available but check to make sure that your supplements are not made from fish livers. The liver can contain high amounts of retinol vitamin A, which has been linked to birth defects. Omega-3 supplements not derived from fish livers but rather from the body of the fish are less likely to contain this type of vitamin A. 
 
Saya sarankan ibu-ibu mengandung, terutama sekali yang dah masuk 2nd dan 3rd trimester agar menambah Shaklee OmegaGuard dalam menu harian anda kerana khasiat seperti yang dinyatakan di atas. Ia juga selamat untuk ibu mengandung kerana ia tidak diperbuat daripada hati ikan (seperti cod liver oil). 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...