|| Bismillahirrahmanirrahim ||
Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua..Post pertama untuk tahun baru ini, sama-sama kita selidiki adakah bacaan Al-Fatihah kita dalam solat fardu betul-betul sempurna? Adakah kita faham makna di sebaliknya? Atau baca je Al-Fatihah tu? Kalau kita dalam tergesa-gesa nak buat kerja (takut tak siap ke), ada kalanya bacaan Al-Fatihah dapat dibaca dalam 1 nafas...Astagfirullahalazim...Cuba kita selidiki sama-sama...
Soalan ini bukan saya tuju kepada sesiapa, malah saya sendiri pun terfikir, adakah selama ini solatku sempurna? Kerana membaca Surah Al-Fatihah adalah WAJIB dalam solat. Dan TIDAK SAH solat seseorang itu sekiranya tidak membaca Al-Fatihah.
Dengarkan apa kata dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan Al-Fatihah...
Jadi, sama-sama kita fahamkan maksudnya...
Maksudnya:
1- Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2- Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3- Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4- Yang Menguasai di Hari Pembalasan.
5- Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6- Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7- (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Amin..
Moga kita semua dapat membaca surah Al-Fatihah dengan betul berserta faham maknanya dalam solat seharian kita...Insya-Allah..
Jangan lupa sama-sama kita amalkan Zikir Harian...
Bicara IMG:
Pesanan buat diriku agar tidak sekadar membaca Al-Fatihah, malah memahami setiap ayat dibaca...Moga Allah terima segala solatku..Amin...
*Maaf sebab post ini di akhir hari Jumaat..sebab line internet tak ok.. ^_^
Assalamu`alaikum.
ReplyDeleteBaguslah IMG dah ada blog baharu dan saya yang pertama mengikuti blog ini heheh...Nampaknya blog ini akan lebih sistematis dengan slot-slot yang tersendiri setiap hari.
Tentang bacaan al-Fatihah dalam satu nafas tu, ada yang berpendapat ia sebagai latihan untuk mendapatkan nafas yang lebih panjang bagi tujuan tarannum, nasyid, dan sebagainya, wallahu`alam. Cuma memang salah la kalau baca al-Fatihah dalam satu nafas tanpa menghiraukan tajwid terutamanya semasa sambungan antara dua ayat di mana ramai yang matikan huruf akhir sedangkan jika disambung ia sepatutnya berbaris...^_^"...
Waalaikummussalam CAD..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan CAD ke blog ini dan menjadi pengunjung yang pertama (nak hadiah ke?) hehehe... ^_^
Dan terima kasih jgk sebab dah link kan blog saya nie.. ^_^
Insya-Allah, saya akan cuba post info2 yang berguna untuk tatapan semua..