|| Bismillahirrahmanirrahim ||
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana aku masih diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan dan ujian sepanjang 2011 dengan tabah sehingga hari ini...
Bagiku, biarlah diari 2011 ditutup serapat-rapatnya...Agar aku tidak berasa menyesal dan kecewa dengan apa yang terjadi...Sesungguhnya segala yang ditentukan..segala yang dirancang oleh-Nya terhadap ku telah tertulis sejak azali lagi...Jadi aku tidak mahu sampai aku tidak dapat menerima qada' dan qadar dari-Nya...Astaghfirullahalazim...Ya Allah, ampunilah diriku sekiranya aku tidak bersyukur dengan segala apa kurniaan yang Engkau berikan...
Jadi, bermula tahun baru ini...walaupun dah 12 hari kita berada dalam tahun 2012..Aku akan mulakan tekad agar SINAR CAHAYA menantiku di hadapan sana..Insya-Allah...
Kalau orang lain post tentang azam mereka di tahun baru..Aku pula akan membuat PESANAN buat diriku (agar tidak lupa)
1- Mulakan sesuatu kerja dengan membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
2- Walau sesibuk mana pun, akan aku AMALKAN bacaan ayat Kursi selepas solat fardu...
3- Amalkan zikir harian setiap hari SELEPAS solat fardu (20 kali setiap kali solat fardu)...
4- Sentiasa PATUH dan TAAT pada ma dan abah...
5- Walau susah mana pun tajuk bootstrap dan robust nie, akan aku PAKSA diriku supaya dapat siapkan tesis sebelum bulan 5..Insya-Allah...
dan lastly...
Sentiasa YAKIN setiap apa yang kita USAHA pasti ada PEROLEH KEJAYAAN DARI ALLAH S.W.T.
Ok la...dalam post kali ini...Tirai Baru Blog LCC (LCC yer..bukan LCCT...kuang3... :p), aku akan sediakan LABEL KHAS untuk setiap post dalam blog yang cute-mute ini...so, tak lah macam suka hati (same meaning "syok sendiri") nak post dan tak ada pengisian untuk pengunjung...Oleh itu, mulai esok (sila tengok di bawah):
|
|
|
|
AHAD (esok bukan Jumaat la..)
|
ISNIN (pun bukan)
|
SELASA (bukan lagi)
|
|
|
|
JUMAAT
(ok2..kita start sini...hehehe..)
- Label:
Doaku / Kuliyyah Jumaat
Ringkasan:
Hari baik ini sama-sama kita manfaatkannya dengan membaca atau membuat perkara yang boleh mendatangkan manfaat untuk kita dan semua...Setiap post hari Jumaat, aku akan post berkenaan perkongsian Doa, Solat, Amalan dan berkaitan agama...
|
SABTU
- Label:
Intai-intai Resipi / Rasa nak Post je...
Ringkasan:
Label nie saje dimasukkan...Sambil2 cari resipi yang menarik..jom kongsi untuk semua untuk hidangan pada hari cuti...
Kalau takde resepi yang menarik, post tersebut akan ditukar menjadi
Rasa nak Post je... :D
Kalau takde resepi yang menarik, post tersebut akan ditukar menjadi
Rasa nak Post je... :D
|
AHAD
-Label:
Pesanan Mereka & Pesanan Buatku
Ringkasan:
Berkenaan Pesanan Ma dan Abah buat diriku..Pesanan mereka yang sentiasa aku ingat walau susah dan senang..Moga doa mereka sentiasa bersamaku..
|
ISNIN
-Label:
Baru Ku Tahu
Ringkasan:
Sesuatu benda atau perkara yang selama ini ku anggap tahu...itu tahu..ini tahu..tapi sebenarnya tak tahu pun...so, akan ku postkan apa yang sebenarnya aku anggap tahu dan sebenarnya baru tahu dalam Baru Ku Tahu...
|
SELASA
-Label:
Hebahan Nasyid
Ringkasan:
Menghebahkan berkaitan nasyid2 di Malaysia dan juga luar negara (yang bersumberkan Blog/ FB Artis Nasyid ataupun daripada media massa)..Turut dimuatkan Klip Video Nasyid Pilihan Minggu Ini...
|
RABU
-Label:
Perkongsian Ilmu
Ringkasan:
Perkongsian dari segi ilmu kesihatan, matematik dan lain-lain (akan difikirkan kemudian..)
|
KHAMIS
-Label:
Sorotan 5 hariku
Ringkasan:
Post hari Khamis ini berkaitan sorotan dan perjalananku selama 5 hari..tak kisah la di mana..tapi dapat memberi manfaat kepada ku dan pengunjung di luar sana...
OK...Dah...Habis...
Tambahan info..
Sekiranya tiada post pada hari tersebut (disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan), maka post pada hari tersebut akan dimuatkan dalam minggu seterusnya..
Wassalam...
Jangan lupa sama-sama kita amalkan Zikir Harian...
Bicara IMG:
Ya Allah, kuatkan semangatku untuk menempuhi tahun 2012 ini...Amin...
No comments:
Post a Comment